Blogger Backgrounds

Sunday, October 30, 2011

Punca Kenapa Tidak Ada Yang Menolong Budak Umur 2 Tahun Di Langgar Di China






Aku yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.
“Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek… Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni… Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni…
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China… Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,




sila jangan tolong..
Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia…
Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh…Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya…
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni…
Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni…

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri…








Monday, July 18, 2011

~ Petua Rumah Tangga ~

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America . Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…

So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jan g an dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..













Thursday, July 14, 2011

@@@ BacaLah..Kisah Isteri CuranG @@@



Kepada pasangan suami isteri... ceritakan jadikan pengajaran.. .
 

Aduhai Isteriku


 

Kepada sekalian pembaca, khususnya kaum suami.
Bacalah kisah hidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan.
Sebelum itu biar saya terangkan background saya sebagai
pengenalan. Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif
di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerja sebagai juru
audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai
seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun,
wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya
mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.
 
Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji.
Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih
10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan
perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya
sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia
semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau
ke bilik air.. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya
tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiran saya dah
terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami
tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu
dan layanannya juga tidak seperti dulu. Kalau dulu, bila saya
buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun
cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,
setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal
sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu,
dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat.
Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila
saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia
sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
 
Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya
 dalam solat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi
macam ini.Isteri saya pergi mandi dan tertinggal
handphonenya  dalam laci di dalam bilik. Saya yang sedang
bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi
mesej diterima.. Terus saya buka laci dan capai handphonenya
dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar, cuma
nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone
 yang tertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi
 mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca
mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat
 tempat biasa”.. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula
bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej
tu dan letakkan kembali handphone tu di tempatnya.
 
Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian
 dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan
perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa
yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta
masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama view cam
untuk digunakan sebagai pengumpul bukti. Anak saya
 bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya
menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong
 kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya
untuk merakam aktiviti syarikat.
 
Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya
menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan
 menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta
yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta
saya, takut isteri saya perasan. Sebelum itu, saya telefon
 rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari
sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang
membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu.
Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya
 keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta
yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun
menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
 
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan
 pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta
tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone
saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik,
adakah dia dapat menghidu perbuatan saya.
 
Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia
memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada
 meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana,
dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya
melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri..
Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya
 yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah
restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari
kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.
 
Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih
 meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan
mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua.
Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan
tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah
 apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu.. Berdosa saya
pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan
Maghrib semata-mata mencari kebenaran. Saya menunggu di
 dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali
 sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.
Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari
 restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam
segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju
ke arah yang saya tidak pasti.
 
Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.
 Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong
belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut
kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.
Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup
dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk
saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat
yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat
yang sesuai.
 
Suasana di tempat itu amat gelap. Yang kedengaran hanya
 deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan
enjinnya.. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar
tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak
nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan
fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat
lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat
 gelap melalui view cam saya. Saya amat terkejut bila
mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut
 mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki
itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya.
 
Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama.
Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat
 untuk merakam apa yang mereka lakukan.. Saya rasa seperti
hendak tercabut nyawa bila saya lihat kepala lelaki itu
di celah kelangkang isteri saya. Kelihatannya kain isteri saya
 telah pun terselak dan saya fokus ke muka isteri saya,
saya lihat dia hanya memejamkan matanya sambil
meramas-ramas rambut lelaki itu. Kelihatan baju kebaya
yang dipakai oleh isteri saya juga telah terbuka kesemua
butangnya mendedahkan keseluruhan buah dadanya yang
terkeluar dari colinya. Kemudian saya lihat lelaki tersebut
duduk kembali di kerusinya dan kepala isteri saya pula yang
kelihatan berada di bahagian bawah badan lelaki itu. Saya
tidak nampak apa yang isteri saya lakukan kerana terlindung
oleh pintu kereta. Tetapi dari pergerakan kepalanya yang
turun naik dan kelakuan lelaki itu yang seperti kenikmatan
 saya tahu apa yang mereka lakukan. Kerana saya juga pernah
 mengalami perkara yang sama selepas kawin dahulu.
 
Saya lihat lelaki itu menekan-nekan kepala isteri saya yang
 masih bertudung itu. Tidak lama kemudian, saya lihat isteri
saya bangun dan baring kembali di tempat duduknya diikuti
oleh lelaki itu yang mula kelihatan seperti berbaring
meniarap di atas isteri saya yang terlentang itu. Kemudian
saya lihat lelaki itu seperti turun naik dengan tempo yang
berbeza. Hati saya hancur lulur pada ketika itu.
 
Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan
sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu
disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam
setiap perbuatan mereka.. Saya sedar, tuhan menyebelahi
 saya. Kemudian saya lihat lelaki itu seperti menggigil sambil
 menekan tubuhnya kepada isteri saya sarapat-rapatnya
diikuti isteri saya yang memeluknya dengan erat.. Kemudian
lelaki itu bangun dan duduk kembali ketempat duduknya
dan kelihatan seperti kepenatan. Tak lah lama sangat jika nak
dibandingkan dengan ketika saya buat dengan isteri saya,
rasanya saya lagi lama. Kemudian saya lihat isteri saya
merapatkan tubuhnya ke dada lelaki itu dan mereka berdakapan.
 
Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam
 dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.
Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta
rakan saya dan memandu kereta saya pulang. Saya lihat
kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj. Bermakna
dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk
menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri
saya itu.
 
Kemudian saya pergike bilik anak saya. Saya lihat anak saya
 sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak
saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir,
apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada
 saya..
Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj.
Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu
untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk
ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.
Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara
berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang
lewat. Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan laknat.
Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya
menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya
 lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena.
Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi
 yang diberakkan di tengah jalan tadi. Dan pada malam itu
saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur  
menemankan  anak saya didalam bilik anak saya walau pun
pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta
disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu
 niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.
 
Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil,
sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu
adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan
semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa
 yang  dia lakukan tadi.
 
Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja.
Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya
secara sembunyisembunyi. Saya lakukannya di dalam kereta
agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah
petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua
di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya
menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih
baik dari saya.
 
Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat
cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain
 dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya
katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti  yang
menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air
muka isteri saya mula berubah. Tetapi dia sengaja
 mengalihkan  cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar
terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu
 bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari
itu juga.
 
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula
menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya  tahu,
dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu
perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat
terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya
bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah
 itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta
anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa
kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak
saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui.
Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya.
 
Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup.
Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia
 berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada
saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya
nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata
saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya  kenapa
perwatakan saya tidak seperti biasa. Saya menjadi teramat
sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan
papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya,
saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai
 rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk
dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas
diminta oleh saya.
 
Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya
menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera
saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-
 habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak
 bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak
saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil..
 
Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira
 melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti
tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku
di hati saya kepada mereka.Sehinggalah pada keesokkannya,
selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya
 dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan
satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu,
itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang.
 
Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain
 komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua
saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil
mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya
seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada
mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan
kembali isteri saya kepada mereka.
 
Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin
mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya
 hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata. Setelah
berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya
saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan
telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan
 kepada isteri saya.
 
Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhny a sambil
memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus
 mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan
dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan
tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya
bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya
sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya
pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD
 player yang terletak di ruang tamu.
 
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa
 yang ditayangkan dihadapan mata mereka..  Rakaman
 kecurangan  anak mereka bermain di hadapan mata mereka.
Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis
teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan
saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta
ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
 
Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya
 keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.
Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka
melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya
terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya
memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television
itu dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah
dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang
tamu dengan pantas menutup television.
 
Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat
tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya
meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga dalam
 keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan
matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui
perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan
anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak
dapat berkata walau sepatah kata pun.
 
Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke
mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas
 perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat
 hak penjagaan anak saya.
 
Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah
 dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan
disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan
 sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.
 
Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi
batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang
saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas
bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia
memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit
 dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah
kepadanya.
 
Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah
ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.
Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya..
Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang
dahulunya montok dan menawan kini semakin kering.
Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar
makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.
 
Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi.
Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih
 muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya.
Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia
atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja    Tuhan.
Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan
anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk
 saya di dunia dan akhirat.
 
Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul
agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah
yang sebenar. 


ini bukan cerita amy..tuan yang empunya cerita pon amy tak kenal..just share dgn u all about this story..sedih kan cite ne...so kita sebagai umat islam patut jadikan nye sebagai satu pengajaran dan iktibar...


@@@ MaTa SiaPa YanG Tidak PerNah MeNanGIs @@@



Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Wassallam
  



### JGn TenSion2..Senyum SelaLU ###



SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.



KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

 

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.




MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.




TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".




DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh


p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.